Ikuti Kami:

Usia Bukan Penghalang, 8 Pelakon Lelaki Ini Sering Bergandingan Bersama Wanita Lebih Tua

Usia Bukan Penghalang, 8 Pelakon Lelaki Ini Sering Bergandingan Bersama Wanita Lebih Tua

Sebagai peminat setia K-Drama, korang pasti perasan ada sesetengah pelakon lelaki sering bergandingan dengan pelakon wanita yang lebih berusia.

Meskipun dengan jurang umur yang agak jauh antara rakan pelakon, ianya tidak menjadi penghalang buat mereka untuk memaparkan keserasian yang mantap.

Kali ini, KimchiDaily ingin kongsikan antara pelakon lelaki yang kerap berlakon dengan noona. Jom lihat senarai di bawah!

Lee Jaewook

lee jaewook

Pertama sekali adalah Lee Jae-wook. Berumur 25 tahun pada 2023 ini, Lee Jae-wook sering digandingkan dengan pelakon wanita yang lebih tua daripadanya. Contohnya menerusi “Alchemy of Souls”, kedua-dua Jung So-min dan Go Youn-jung adalah lebih berusia dari pelakon lelaki itu. Begitu juga dengan pasangannya dalam “Do Do Sol Sol La La Sol” dan “Search: WWW”.

Kang Haneul

kang haneul

Seterusnya Kang Ha-neul yang juga telah beberapa kali terajui drama dengan wanita yang lebih tua. Contohnya dalam drama terakhirnya buat masa ini iaitu “Curtain Call”, “When the Camellia Blooms” dan banyak lagi.

Bae Inhyuk

bae inhyuk

Dilahirkan pada tahun 1998, Bae In-hyuk telah mencecah usia 25 tahun pada 2023 ini. Dengan umurnya yang masih muda, lelaki itu sering digandingkan bersama pelakon wanita yang lebih berusia daripadanya. Begitu juga dengan drama barunya akan datang “The Story of Widow Park’s Marriage Contract”, di mana dia akan bergandingan dengan Lee Se-young, yang dilahirkan pada tahun 1992.

Lee Dohyun

lee dohyun

Kalau cakap tentang pelakon lelaki yang sering berlakon dengan noona, nama Lee Do-hyun pasti tidak terkecuali. Antara dramanya bersama pelakon wanita berusia adalah “The Glory”, “Melancholia” dan juga “The Good Bad Mother” yang sedang bersiaran di Netflix.

Cha Eunwoo

cha eunwoo

Cha Eun-woo juga adalah antara pelakon lelaki muda yang kerap menemui penonton dengan pasangan di skrin yang lebih berumur. Antaranya adalah menerusi “True Beauty”, “My ID is Gangnam Beauty” dan banyak lagi.

Rowoon SF9

rowoon

Merupakan ahli kumpulan SF9, Rowoon juga turut dikenali dengan lakonan hebatnya dalam pelbagai drama. Selain itu, lelaki tersebut telah beberapa kali berlakon dengan pelakon wanita yang lebih berusia daripadanya. Contohnya dalam drama “She Would Never Know” bergandingan dengan Won Jin-A, “The King’s Affection” bersama Park Eun-bin, dan banyak lagi.

Kim Youngdae

kim youngdae

Semakin dikenali ramai selepas tampil dalam drama “Extraordinary You”, Kim Young-dae juga kerap berlakon dengan pelakon wanita lebih tua. Bagaimanapun, ianya bukan penghalang buatnya untuk mencipta chemistry yang hebat bersama rakan pelakon. Contohnya seperti dalam drama “The Forbidden Marriage” dan “Shooting Stars”.

Jang Kiyong

jang kiyong

Akhir sekali adalah Jang Ki-yong, yang telah menemui penonton dalam “Search: WWW”, “Now, We Are Breaking Up”, “Come and Hug Me” dan banyak lagi, di mana rakan pelakon wanitanya adalah lebih berusia.

Siapa lagi pelakon lelaki lain yang korang rasa harus tersenarai?

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...