Ikuti Kami:

Walaupun Tidak Aktif, BIG BANG Cipta Rekod Di Spotify!

Walaupun Tidak Aktif, BIG BANG Cipta Rekod Di Spotify!

Siapa tak kenal dengan kumpulan popular pada awal demam K-Pop yang mula merebak di Malaysia pada awal tahun 2009 dulu. Peminat K-Pop mesti mula mengenali terlibat dalam ‘kancah’ muzik pop Korea ini daripada kumpulan seperti Super Junior, Wonder Girls, TVXQ, Girls’ Generation dan banyak lagi. Masa zaman K-Pop baru nak meletup di Malaysia ini, kumpulan inilah yang berjaya menempatkan diri dalam kalangan remaja. BTS masa itu pun baru budak-budak sekolah lagi!

Tapi turut tidak dilupakan kepada kumpulan lelaki bawah naungan YG Entertainment iaitu BIG BANG. Lagu-lagu mereka turut berjaya menembuskan diri sehingga menjadi popular di pasaran muzik Malaysia, antaranya ‘Fantastic Baby’ dan ‘Bang Bang Bang’. Semasa sedang popular, memang ramai anak muda di Malaysia yang tahu tentang lagu-lagu ini.

big bang cipta rekod di spotify

Seperti yang diketahui oleh peminat. BIG BANG sekarang sedang sibuk melalui latihan khidmat ketenteraan yang diwajibkan kepada semua lelaki Korea yang layak. Pun begitu, tempoh perkhidmatan mereka semua sudah hampir sampai ke penamatnya. Kumpulan mereka akan kembali lengkap pada November ini, namun tanpa kehadiran Seungri. Ini kerana lelaki itu membuat keputusan untuk meninggalkan kumpulan itu kerana skandal seks dan dadahnya.

Walaupun sudah hampir 2 tahun tidak aktif dan mengeluarkan lagu baru, api populariti BIG BANG ternyata tidak pernah reda. Sedang berehat pun mereka masih mampu mencipta rekod baru!

Lagu ‘Bang Bang Bang’ nyanyian mereka telah mencapai satu rekod baru apabila mencapai 100 juta jumlah pendengar di Spotify. BIG BANG adalah satu-satunya kumpulan generasi lama yang berjaya mencipta rekod itu!

big bang bang bang bang

Lagu berhantu ini bukanlah asing denga populariti. Hal ini kerana ‘Bang Bang Bang’ telah mencapai 100 juta pendengar di Gaon, mempunyai lebih 400 juta tontonan di Youtube dan telah melepasi 2.5 juta muat turun di Korea sahaja! Memang terbukti bahawa lagu ini sangatlah popular dalam kalangan peminat K-Pop. Bahkan bukan peminat K-Pop sahaja yang mengetahui mengenai lagu ini.

Selepas tamat latihan khidmat ketenteraan mereka, pastinya kumpulan itu akan mengeluarkan album baru. VIP semestinya sudah tidak sabar untuk mendengar bahan baru daripada idola kegemaran mereka itu! Nescaya lagu baru BIG BANG akan popular ke serata Korea kerana mereka sememangnya dikenali sebagai artis yang sentiasa mengungguli carta tiap kali lagu baru dikeluarkan.

Sumber: Allkpop

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...