Ikuti Kami:

P.O Ceritakan Kisah Disebalik Babak Ciumannya Bersama Kang Mina Dalam Hotel Del Luna

P.O Ceritakan Kisah Disebalik Babak Ciumannya Bersama Kang Mina Dalam Hotel Del Luna

Rasanya pada tahun 2019 ini, boleh dikatakan drama yang berjaya mencuri hati penonton ialah naskhah fantasi iaitu ‘Hotel del Luna’. Sampai ke hari ini, ia masih menjadi sebutan para peminat K-Drama. Drama ini berkisar tentang satu hotel mewah yang kelihatan usang di luar tapi sebenarnya sangat cantik di mata hantu yang berkeliaran.

Ramai yang terbuai dengan chemistry percintaan di antara Jang Manwol (IU) iaitu pemilik Hotel Del Luna dan Goo Chang Sung (Yeo Jin Goo)sebagai pengurus hotel. Tetapi penonton juga suka melihat bibit cinta di antara Ji Hyunjoong (P.O), seorang penyambut tetamu di hotel itu dan Kim Yuna (Kang Mina) iaitu pelajar praktikal di hotel yang sama.

Terbaru, beberapa pelakon dalam drama “Hotel del Luna” telah turut serta dalam rancangan temu bual “Happy Together 4” bagi berkongsi kisah di belakang tabir mengenai drama popular itu. Lagi seronok apabila, P.O telah menceritakan dengan lebih lanjut tentang adegan ciumannya bersama Kang Mina.

p.o deritakan babak ciumannya bersama kang mina dalam hotel del luna

Dia menjelaskan, “Ia adalah babak ciuman yang pertama bagi saya. Jadi saya sangat menantikannya kerana saya berasa gementar.” Tambahnya lagi, “Saya tahu Mina pernah melakukan babak ciuman sebelum ini jadi kami telah banyak berbincang dan bergantung dengan satu sama lain semasa penggambaran berlangsung.”

Apabila ditanya sama ada mereka menghadapi sebarang kesusahan semasa merakam babak itu kerana perbezaan tinggi yang ketara, kedua mereka tersenyum malu.

Mina menjelaskan, “P.O adalah sangat tinggi, dan saya agak rendah berbanding dengan apa yang orang lain sangkakan. Sepatutnya saya perlu mencium pipinya sahaja tetapi saya tak sampai. Saya mungkin mampu cium rahangnya sahaja. Jadi saya perlu lompat sedikit atau berdiri di atas kotak.”

P.O yang mendengarnya terus berkata sambil tersengih, “Dia sangat comel.”

p.o ceritakan babak ciuman dalam hotel del luna

Mesti ramai yang semakin rindu dengan drama “Hotel del Luna” lepas dengar kisah disebalik tabir ini. Kedua-dua P.O dan Mina memang sangat comel dalam drama ini, sesuai dengan kisah percintaan antara remaja.

Sumber: Soompi

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...