Ikuti Kami:

Penampilan Jennie Blackpink Dikritik Nampak ‘Biasa’ Di Pertunjukan Fesyen Chanel

Penampilan Jennie Blackpink Dikritik Nampak ‘Biasa’ Di Pertunjukan Fesyen Chanel

Kumpulan Blackpink sememangnya mempunyai peminat yang ramai merentasi seluruh dunia. Walaupun baru dua tahun mewarnai dunia seni Korea, namun begitu nama mereka kini dikenali sebagai idola paling popular bagi genre K-Pop. Kesemua ahli kumpulan Blackpink iaitu Jennie, Jisoo, Rosé dan Lisa ternyata popular kerana pengikut laman Instagram mereka semua melebihi 20 juta bagi setiap akaun ahli tersebut. Wow!

Bila dah popular, mestilah nama mereka akan turut menjadi sebutan nama-nama terkenal di persada antarabangsa. Bukan sahaja digilai oleh artis seperti Ariana Grande dan Dua Lipa bahkan jenama terkenal dalam dunia fesyen turut berebut untuk menjadikan ahli Blackpink sebagai wajah produk mereka. Kalau anda nak tahu setiap daripada mereka telah dijemput untuk menghadiri beberapa pertunjukan fesyen di Minggu Fesyen Paris baru-baru ini. Lisa dengan jenama Celine, Rosé dengan jenama Saint Lauren, Jisoo bersama jemputan jenama Burberry dan Jennie hadir atas jemputan jenama Chanel. Hebat betul!

jennie blackpink chanel

Pun begitu, nama Jennie paling menjadi sebutan peminat apabila dia tampil ringkas dengan penampilannya pada pertunjukan fesyen Chanel itu. Gadis berusia 23 tahun itu yang sering dipanggil sebagai ‘manusia Chanel’ kerana selalu mengenakan pakaian daripada jenama itu bukan sahaja di atas pentas bahkan ketika keluar melalui hari-hari biasanya.

Namun begitu, artis lain yang tampil di pertunjukan fesyen untuk jenama yang sama nampak lebih menonjol dan berani dengan penampilan mereka sehingga menenggelamkan Jennie dalam khalayak ramai itu. Rata-rata peminat juga terkejut melihat penampilan Jennie yang ‘simple’ itu. Mungkin kerana busana yang dikenakan itu terlampau ringkas dan solekannya yang tidak nampak tebal.

jennie blackpink ringkas di paris

Menurut penggemar fesyen pula, semasa hari pertunjukan tersebut, semua wartawan dan pihak media telah mengerumuni Jennie dan bukannya artis lain kerana pengaruhnya yang besar. Jadinya, walaupun Jennie tampil ringkas, kesemua mata masih tertancap kepadanya!

jennie nampak biasa pertunjukan fesyen chanel

Jennie pun dah selalu mengenakan solekan yang tebal dan diiringi dengan busana mewah, jadi tak salah kalau gadis itu ingin tampil ringkas dan melawan persepsi bahawa semua orang harus membawa penampilan yang ‘over’ semasa pertunjukan fesyen jenama terkenal.

Sumber: Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...