Ikuti Kami:

Jadi Peguam Sempurna, Cha Eunwoo Dilamar Terajui ‘Irresistible Love’

Jadi Peguam Sempurna, Cha Eunwoo Dilamar Terajui ‘Irresistible Love’

Selepas “True Beauty”, pasti ramai yang menantikan drama Cha Eun-woo yang seterusnya, kan?

Pada 3 Ogos, Cha Eun-woo telah dilaporkan menerima tawaran untuk watak utama lelaki dalam drama baharu berjudul “Irresistible Love”. Berikutan itu, agensi bagi Cha Eun-woo memberi respon,

Cha Eun-woo menerima tawaran untuk muncul dalam drama ‘Irresistible Love’ dan sedang menyemaknya secara positif.

Skrip ditulis oleh Noh Ji-seol daripada “100 Days My Prince” dan diarahkan oleh Nam Ji-hoon daripada “Oh My Baby”, “Irresistible Love” mengikuti kisah percintaan pelik seorang wanita yang terjumpa buku terlarang yang telah disembunyikan selama 300 tahun, dan seorang lelaki yang secara misteri menjadi pihak yang bertanggungjawab bagi buku ini.

cha eunwoo

Untuk pengetahuan, dalam drama ini Cha Eun-woo telah ditawarkan watak sebagai penasihat kehakiman dan peguam bernama Jang Shin-yu. Daripada ‘visual’nya yang luar biasa, sikap sopan, kebolehan bersukan dan juga jenakanya, Jang Shin-yu memang seorang yang sempurna dalam segala hal. Namun suatu hari, dia terjerat dalam ‘kutukan yang menakutkan’ yang diturunkan dari era Joseon.

Sama-sama kita nantikan maklumat lanjut mengenai drama ini!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...