Utama Drama Korea Ketamakan Ibu Bikin Anak Memberontak, Episod Awal ‘The Good Bad Mother’ Raih...

Ketamakan Ibu Bikin Anak Memberontak, Episod Awal ‘The Good Bad Mother’ Raih Rating Biasa

the good bad mother

Gabungan Lee Do-hyun dan Ra Mi-ran pastinya menjanjikan drama yang hebat kan?

Sinopsis

“The Good Bad Mother” adalah drama menyentuh hati, yang mengisahkan tentang ibu dan anak yang mencari kebahagiaan sejati, membuatkan penonton ketawa serta menitiskan air mata.

Anak ‘derhaka’

[Amaran SPOILER]

Sejak ayahnya meninggal dunia, Choi Kang-ho (Lee Do-hyun) dipaksa belajar dan ‘dibasuh’ oleh ibunya agar menjadi pendakwa raya supaya dapat mencapai keadilan. Bukan itu sahaja, lelaki itu terpaksa membesar dengan ajaran yang keras lantas membuatkan hatinya kian lama kian membenci ibu yang tiada empati dan kasih sayang.

the good bad mother

Menginjak dewasa, Choi Kang-ho akhirnya menjadi pendakwa raya dan meninggalkan Jin Young-soon (Ra Mi-ran) di ladang ternakan khinzir tanpa menoleh ke belakang malah dia menjadi seorang yang berhati keras dan hanya mahu mencapai kejayaan tanpa mengira kesakitan mangsa jenayah.

Takdir menetukan segalanya apabila momen akhir Choi Kang-ho yang bergaduh dengan ibunya berubah kepada tragedi apabila dia dilanggar oleh lori besar semasa dalam perjalanan pulang ke kota. Dari pendakwa raya hebat, lelaki tersebut kini hanya mampu berfungsi sebagai kanak-kanak kini dek masalah saraf.

Plot meruntun hati

Episod awal “The Good Bad Mother” ternyata membuatkan penonton menangis apabila menyaksikan hubungan ibu dan anak ini yang kian regang kerana ketamakan masing-masing. Bukan itu sahaja, ramai yang tertanya-tanya sama ada kekasih lama Choi Kang-ho iaitu Lee Mi-joo (Ahn Eun-jin) mungkin menyembunyikan anak hasil hubungan mereka semasa muda dahulu.

the good bad mother

Dalam pada itu, episod pertama drama ini berjaya meraih rating sebanyak 3.6% dan menaik ke 4.3% ketika tayangan seterusnya. Walaupun biasa, namun rekod ini dijangka akan terus menaik memandangkan ia menjadi sebutan ramai peminat K-Drama selepas ditayangkan.

Korang kena layan, kat Netflix pun ada!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Loading...