Kang Ha-neul dan Ha Ji-won berkongsi mengenai keserasian mereka dalam drama terbaru, “Curtain Call”.
Drama “Curtain Call” ini merupakan drama yang mengisahkan keluarga Ja Geum-soon iaitu lakonan Go Doo-shim, seorang wanita tua dari Korea Utara yang memiliki Hotel Paradise. Dia merekrut seorang pelakon teater muda, Yoo Jae-heon, lakonan Kang Ha-neul, untuk memenuhi hasrat terakhirnya dengan masa yang terhad. Manakala, Ha Ji-won bakal memainkan watak Park Se-yeon, iaitu cucu kepada Ja Geum-soon dan merupakan pengurus di hotel tersebut. Melihat kepada lakonan Ha Ji-won, Kang Ha-neul berkata,
Setiap penggambaran sentiasa menyeronokkan. Ha Ji-won senang tertawa dan mempunyai pandangan yang membuatkan semua orang selesa. Setiap episod, akan ada banyak keadaan yang tak dijangka berlaku dan juga cabaran dalam menyelesaikan masalah. Jadi nantikan okay!
Ha Ji-won turut memuji Kang Ha-neul,
Dia sangat baik dan seorang pelakon yang berkerja keras untuk semua kerja yang dia lakukan. Hatinya baik dan kesungguhannya dalam lakonan sangat mengagumkan. Kami dapat mencapai keserasian yang baik jadi, nantikan lakonan kami!
Macam comel je ‘chemistry’ dorang!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.