Ikuti Kami:

“Dia Penyayang Sebenarnya” – Ha Jiwon Ulas Watak Dalam ‘Curtain Call’

“Dia Penyayang Sebenarnya” – Ha Jiwon Ulas Watak Dalam ‘Curtain Call’

Semua mesti tak sabar nak tunggu drama “Curtain Call” kan?

Drama “Curtain Call” ini mengisahkan mengenai seorang wanita dari Korea Utara bernama, Ja Geum-soon lakonan Go Doo-shim yang tidak akan hidup dalam jangka masa yang lama dan pelakon Kang Ha-neul yang akan membawa watak sebagai Yoo Jae-heon sebagai cucunya yang bakal memenuhi kesemua hasrat neneknya.

ha jiwon

Menerusi drama ini, Ha Ji-won bakal memegang watak sebagai Park Se-yeon, seorang pengurus di Hotel Nakwon dan merupakan anak bongsu kepada pemilik hotel tersebut. Selepas satu kemalangan , kedua ibu-bapanya meninggal dunia dan Park Se-yeon tinggal bersama dua abangnya, lakonan Ji Seung-hyun dan Choi Dae-hoon.

Melihat kepada watak yang akan dibawanya, Ha Ji-won berkata,

Saya tertarik dengan sinopsis cerita ini yang segar dan juga skripnya sangat bermakna. Ketika saya masih membuat sedikit ulangkaji untuk watak So-yeon, saya rasa ianya amat penting untuk saya betul-betul menghayati watak yang akan saya bawa. Dia seorang yang tekun bila berkerja dan dia sangat penyayang dengan orang sekelilingnya walaupun dia tegas di luar. 

ha jiwon“Curtain Call” juga bakal menampilkan Kang Ha-neul, Go Doo-shim, Kwon Sang-woo, Sung Do-il. Barisan pelakon ini semua dilihat bakal membawa keserasian yang hebat.

Nantikan “Curtain Call” Oktober ini okay!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...