Ikuti Kami:

Penonton Teruja, Kang Haneul & Ha Jiwon Dilihat Jalani Penggambaran ‘Curtain Call’

Penonton Teruja, Kang Haneul & Ha Jiwon Dilihat Jalani Penggambaran ‘Curtain Call’

Diterajui Kang Ha-neul dan Ha Ji-won, pasti ramai yang teruja nak tonton drama “Curtain Call”, kan?

Bagi yang belum tahu, “Curtain Call” (sebelum ini dikenali sebagai “Trees Die on Their Feet”) mengisahkan tentang seorang wanita tua (Youn Yuh-jung) dari Korea Utara yang tidak mempunyai banyak masa lagi untuk hidup, dan seorang pelakon teater (Kang Ha-neul) yang akan berperan sebagai cucunya untuk memenuhi hasrat terakhirnya.

Terbaru, Kang Ha-neul dan Ha Ji-won dilihat menjalani penggambaran bagi drama tersebut yang diadakan di sebuah pasar, menambah keterujaan penonton untuk menyaksikan drama ini. Comel betul diorang!

kang haneul ha jiwon

Untuk pengetahuan, Ha Ji-won akan memegang watak sebagai Park Se-yeon, anak perempuan bongsu dan pengurus besar Hotel Paradise dalam drama itu. Park Se-yeon ialah seorang pengurus praktikal yang mengetuai Hotel Paradise, dan dia adalah seorang ketua dalam barisan kerja yang telah mengalami segala-galanya dari A hingga Z dan meningkat kepada jawatan pengurus besar.

Kang Ha-neul pula akan memegang watak Yoo Jae-heon, watak optimis yang dilimpahi dengan cinta terhadap diri sendiri dan harga diri, walaupun telah dibesarkan dalam keadaan yang sukar. Pada suatu hari, dia menerima permintaan yang tidak dijangka daripada seorang lelaki tua untuk berperanan sebagai cucu kepada seseorang, dan dari situ dia mengalami titik perubahan besar dalam hidupnya.

Nantikan tayangan “Curtain Call” pada tahun ini!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...