Jung Hae-in telah menerima tawaran untuk bintangi drama “Trees Die On Their Feet”.
Pada 7 Mac, seorang pegawai dari agensi Jung Hae-in FNC Entertainment, memberitahu Maeil Business Star Today,
Jung Hae-in menerima tawaran untuk drama KBS2 baharu ‘Trees Die On Their Feet’, tetapi tiada apa yang telah diputuskan.
Agensi itu berkata pelakon itu masih belum membuat keputusan sama ada akan muncul ataupun tidak di dalam drama tersebut.
Sementara itu, “Trees Die on Their Feet” mengisahkan tentang seorang wanita tua dari Korea Utara yang tidak mempunyai banyak masa lagi untuk hidup, dan seorang pelakon teater yang akan berperanan sebagai cucunya untuk memenuhi hasrat terakhirnya. Kang Ha-neul telah disahkan sebagai teraju utama, manakala Youn Yuh-jung dan Son Ye-jin masih dalam perbincangan.
Dalam drama itu, Jung Hae-in dilaporkan akan memegang watak Bae Dong-jae, pengganti konglomerat besar Samwoo yang memiliki rangkaian pengedaran. Bae Dong-je ialah chaebol kelahiran semula jadi yang rupanya kacak dan seorang bangsawan yang dapat dirasai dalam setiap butiran kecil yang bakal dipaparkan.
Makin sibuk Jung Hae-in sekarang!