Ikuti Kami:

Son Yejin & Youn Yuhjung Dalam Perbincangan, Kang Haneul Sah Terajui ‘Trees Die On Their Feet’

Son Yejin & Youn Yuhjung Dalam Perbincangan, Kang Haneul Sah Terajui ‘Trees Die On Their Feet’

Kang Ha-neul telah disahkan membintangi drama akan datang KBS2 “Trees Die on Their Feet”!

“Trees Die on Their Feet” mengisahkan tentang seorang wanita tua dari Korea Utara yang tidak mempunyai banyak masa lagi untuk hidup, dan seorang pelakon teater yang akan berperanan sebagai cucunya untuk memenuhi hasrat terakhirnya.

Kang Ha-neul akan memegang watak Yoo Jae-heon, watak optimis yang dilimpahi dengan cinta terhadap diri sendiri dan harga diri, walaupun telah dibesarkan dalam keadaan yang sukar. Dengan moto hidupnya, “Lakukan apa yang anda mahu lakukan”, Yoo Jae-heon hidup sebagai pelakon teater yang tidak dikenali dari sebuah syarikat teater tempatan. Dia menerima permintaan yang tidak dijangka daripada seorang lelaki tua untuk berperanan sebagai cucu kepada seseorang, dan dari situ dia mengalami titik perubahan besar dalam hidupnya.

kbs2 trees die on their feet

Sebelum ini, Youn Yuh-jung dan Son Ye-jin turut ditawarkan watak dalam drama tersebut. Youn Yuh-jung sedang dalam perbincangan untuk memainkan watak Ja Geum-soon, seorang wanita yang dilahirkan pada tahun 1930 di Korea Utara, dan Son Ye-jin telah ditawarkan watak Se-yeon, cucu Ja Geum-soon yang bertanggungjawab di Hotel Nakwon.

“Trees Die on Their Feet” tidak lama lagi akan mengesahkan barisan pelakon utamanya dan akan memulakan penggambaran. Nantikan!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...