Ikuti Kami:

Lee Seyoung & Bae Inhyuk Sah Terajui Drama Adaptasi Webtoon ‘The Story Of Park’s Marriage Contract’

Lee Seyoung & Bae Inhyuk Sah Terajui Drama Adaptasi Webtoon ‘The Story Of Park’s Marriage Contract’

Siap sedia semua untuk saksikan gandingan Lee Se-young bersama Bae In-hyuk dalam sebuah drama!

Terbaru, Lee Se-young dan Bae In-hyuk telah disahkan akan terajui drama adaptasi webtoon berjudul “The Story of Park’s Marriage Contract”.

Untuk maklumat, drama ini mengisahkan tentang seorang gadis dari zaman Joseon yang merentasi masa dan tiba pada zaman kini.

Dalam drama ini, Lee Se-young akan membawa watak sebagai Park Yeon-woo seorang wanita baik yang tiba-tiba kehilangan suaminya pada malam pertama.

The Story of Park’s Marriage Contract

Selepas itu, dia bangkit pada abad ke-21 dan berkahwin dengan seorang lelaki bujang bernama Kang Tae-ha (Bae In-hyuk) yang boleh berubah rupa menjadi lelaki bujang disebabkan oleh Park Yeon-woo.

Selain itu, pasukan produksi berkata,

Lee Se-young, yang memiliki kemahiran lakonan yang sangat baik, adalah pelakon yang sempurna untuk watak Park Yeon-woo, yang silih berganti antara drama sejarah dan moden. Kami berharap penonton akan menantikan drama komedi fantasi yang menarik ini dan transformasi lakonan Lee Se-young.

Nantikan “The Story of Park’s Marriage Contract” bakal dijadualkan pada separuh kedua tahun ini!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...