Ikuti Kami:

Janda Abad Ke-19 Di Korea, Lee Seyoung Dilamar Terajui Drama Adaptasi Webtoon Baru

Janda Abad Ke-19 Di Korea, Lee Seyoung Dilamar Terajui Drama Adaptasi Webtoon Baru

Selepas “The Law Cafe”, pasti ramai yang menantikan drama lakonan Lee Se-young yang seterusnya, kan?

Terbaru, Lee Se-young dilaporkan telah menerima tawaran untuk terajui drama romantik fantasi “The Story of Park’s Marriage Contract”. Tidak lama kemudian, agensi pelakon itu memberi respon,

Dia sedang secara positif mempertimbangkan penampilannya dalam drama tersebut.

Untuk pengetahuan, “The Story of Park’s Marriage Contract” mengisahkan tentang seorang janda pada abad ke-19, yang mendapati dirinya berada di Korea pada 200 tahun kemudian dan bergelut untuk kembali ke Joseon.

Lee seyoung

Jika Lee Se-young menerima tawaran tersebut, dia akan memainkan watak sebagai Park Yeon-woo, seorang pembantu rumah di Hanyang dan pengantin palsu kepada Tae-ha.

Sama-sama kita nantikan maklumat lanjut mengenai drama “The Story of Park’s Marriage Contract”!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...