Ikuti Kami:

Dah Bergandingan Dengan Ramai Orang, Lee Jaewook Pilih Rakan Pelakon Kegemarannya

Dah Bergandingan Dengan Ramai Orang, Lee Jaewook Pilih Rakan Pelakon Kegemarannya

Debut pada tahun 2018, Lee Jae-wook telah pun bergandingan dengan ramai pelakon menerusi pelbagai naskhah.

Terbaru, Vogue Thailand telah melancarkan video baru menampilkan Lee Jae-wook, di mana pelakon itu berkongsi 24 perkara kegemarannya dalam semua aspek.

Pada awalnya, dia ditanya tentang watak kegemaran yang pernah dilakonkannya setakat ini. Jawab Lee Jae-wook,

Saya akan pilih Jang Uk. Ia adalah drama terbaru yang saya rakamkan dan ia juga merupakan masa paling lama saya terlibat untuk penggambaran sebuah drama. Sebab itu saya pilih Jang Uk.

Kemudian, pelakon “Alchemy of Souls” itu turut disoal tentang siapakah rakan pelakon kegemarannya. Kongsinya,

Rowoon.

Jelas Lee Jae-wook,

Kami selalu bercakap tentang kesukaran kami. Walaupun tanpa sebab, kami sering menghubungi satu sama lain.

Untuk pengetahuan, Lee Jae-wook dan Rowoon pernah sama-sama membintangi drama “Extraordinary You” pada 2019, yang mengisahkan tentang pelajar sekolah yang sedar bahawa mereka hanyalah watak dari buku komik.

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...