Siapa penonton setia drama Korea kat sini?
Kepada mereka yang kerap menonton drama Korea, pastinya akan perasan dengan sesetengah pelakon yang muncul dalam banyak naskhah dengan pelbagai watak.
Meskipun tidak memegang watak utama namun, peranan mereka sudah cukup untuk membuatkan penonton teringat-ingat. Cuba tengok senarai di bawah, korang kenal tak semua pelakon ini?
1. Lee Bongryun
Pertama sekali adalah Lee Bong-ryun, yang sedang membintangi drama popular kini “Crash Course in Romance”. Lee Bong-ryun yang mencecah usia 42 tahun kini, telah muncul dalam pelbagai naskhah termasuk “Run On”, “Hometown Cha-Cha-Cha” dan banyak lagi. Pelakon wanita itu juga sering membawa peranan sebagai sahabat kepada watak utama.
2. Cha Chunghwa
Seterusnya Cha Chung-hwa, yang baru-baru ini telah tampil dalam drama “Kokdu: Season of Deity” membawa watak sebagai Gakshin. Peminat K-Drama berkemungkinan pernah perasan Cha Chung-hwa dalam drama lain seperti “Hometown Cha-Cha-Cha”, “The Fabulous”, “Mr. Queen” dan pelbagai lagi.
3. Hwang Bora
Tidak dilupakan pelakon Hwang Bo-ra yang mesti semua peminat K-Drama akan kenal! Meskipun jarang membawa watak utama namun, peranannya seringkali diingati penonton. Antara drama lakonannnya adalah “Crash Course in Romance”, “Business Proposal” dan “Kiss Sixth Sense”.
4. Yeom Hyeran
Akan mencecah usia 47 tahun pada 2023, Yeom Hye-ran juga adalah pelakon yang telah muncul dalam pelbagai naskhah. Bagi siapa yang menonton drama “The Glory”, semestinya akan kenal dengan watak Kang Hyeon-nam, yang dibawa oleh pelakon wanita itu. Bukan itu sahaja, dia juga pernah muncul dalam pelbagai drama lain seperti “The Uncanny Counter” dan “Alchemy of Souls”.
5. Shin Jaeha
Bukan sahaja sedang membintangi drama “Crash Course in Romance”, Shin Jae-ha juga sedang menemui penonton menerusi drama “Taxi Driver 2” kini. Selain itu, pelakon lelaki tersebut turut membintangi siri “Prison Playbook”, “While You Were Sleeping” dan pelbagai lagi.
6. Seo Hyewon
Dilahirkan pada tahun 1993, Seo Hye-won adalah pelakon yang dikenali peminat drama Korea meskipun tidak memegang watak utama. Antara projek lakonannya yang popular adalah “Business Proposal”, “Bloody Heart” dan “Alchemy of Souls”.
7. Seo Jungyeon
Mula terlibat dalam industri hiburan pada tahun 1996, Seo Jung-yeon adalah pelakon veteran yang sudah muncul dalam banyak naskhah. Drama terbaru yang dibintanginya adalah “Payback”, “Trolley” dan “The Interest of Love”.
8. In Gyojin
Bagi siapa yang pernah menonton drama “Hometown Cha-Cha-Cha” pastinya akan perasan denga pelakon In Gyo-jin yang membawa watak sebagai Chang Yeong-guk iaitu suami kepada Yeo Hwa-jeong. Drama lain lakonannya adalah seperti “Love All Play” dan “Fight for My Way”.
9. Gong Minjeung
Merupakan pelajar ijazah Sarjana Muda dari Jabatan Seni Filem Universiti Konkuk, Gong Min-jeung adalah pelakon yang turut dikenali ramai. Walaupun jarang membawa watak utama namun, peranannya dalam drama seperti “Hometown Cha-Cha-Cha”, “Little Women” dan “One Dollar Lawyer” pastinya diingati penonton.
10. Kang Kidoong
Dilahirkan di Jeju, Korea Selatan, Kang Ki-doong juga adalah pelakon yang pernah muncul dalam pelbagai drama seperti “It’s Okay to Not Be Okay”, “Reborn Rich” dan “Our Beloved Summer”.
Haa korang kenal tak semua pelakon di atas?
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉