Ikuti Kami:

Dah Berpuluh Tahun Dalam Industri, 10 Pelakon Veteran Ini Mesti Peminat K-Drama Kenal!

Dah Berpuluh Tahun Dalam Industri, 10 Pelakon Veteran Ini Mesti Peminat K-Drama Kenal!

Siapa kat sini penonton setia drama Korea?

Bagi peminat K-Drama, korang mesti akan perasan pelakon veteran Korea yang telah muncul dalam pelbagai projek.

Sudah berpuluh tahun dalam industri, beberapa pelakon ini nampaknya masih aktif dalam dunia lakonan dan telah membintangi banyak naskhah popular. Jom tengok senarai di bawah, korang kenal tak semua pelakon ni?

1. Kim Youngok

kim youngok

Pertama sekali adalah Kim Young-ok, yang sering membawa watak sebagai nenek atau ibu kepada watak utama. Antara drama yang dibintanginya baru-baru ini adalah “May I Help You”, “Tomorrow” dan “The Law Cafe”. Meskipun babaknya hanya sedikit namun, wataknya sering meninggalkan impak buat plot drama.

2. Lee Deokhwa

lee deokhwa

Seterusnya Lee Deok-hwa yang pernah muncul dalam drama popular seperti “Business Proposal”, “The Red Sleeve”, “One Dollar Lawyer” dan bermacam lagi. Untuk maklumat, Lee Deok-hwa berusia 70 tahun dan mula terlibat dalam industri hiburan pada tahun 1980. Kini, dia ada lebih 70 projek termasuk drama dan filem yang pernah dibintanginya. Hebat!

3. Kim Sunyoung

kim sunyoung

Kim Sun-young turut tersenarai sebagai salah seorang pelakon veteran yang masih aktif berlakon kini. Terbaru, wanita itu juga sedang membintangi drama “Crash Course in Romance” dengan wataknya sebagai Jo Su-hee iaitu ibu kepada pelajar Bang Su-ah. Penonton mesti tengah geram kan dengan wataknya?

4. Hwang Jungmin

hwang jungmin

Peminat filem Korea semestinya akan kenal dengan pelakon bernama Hwang Jung-min. Sudah lebih 20 tahun dalam industri, Hwang Jung-min merupakan antara pelakon lelaki Korea yang popular kini. Meskipun lebih aktif dalam filem berbanding drama namun, semua wataknya pasti akan diingati penonton! Antara drama lakonannya yang terbaru ialah “Narco-Saints”.

5. Youn Yuhjung

youn yuhjung

Amat mengagumkan, pelakon veteran Youn Yuh-jung sudah lebih 50 tahun berada dalam industri hiburan. Bukti bakat lakonannya yang hebat, wanita itu juga telah memenangi pelbagai anugerah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik, di majlis berprestij seperti ‘Satellite Awards’ dan ‘Screen Actors Guild Awards’.

6. Jo Hanchul

jo hanchul

Memulakan debutnya pada tahun 1999, Jo Han-chul juga adalah antara pelakon veteran yang masih aktif menemui penonton menerusi pelbagai projek. Antara drama popular dibintanginya adalah “Hometown Cha-Cha-Cha”, “The Law Cafe”, “Reborn Rich” dan banyak lagi. Akan datang, dia akan sertai filem “My Name is Loh Kiwan” bersama Song Joong-ki.

7. Jang Youngnam

jang youngnam

Bagi siapa yang sedang menonton drama “Crash Course in Romance” kini, pastinya akan kenal dengan pelakon Jang Young-nam, yang memainkan watak sebagai Jang Seo-jin, ibu kepada Lee Sun-jae. Untuk pengetahuan, wanita itu debut pada tahun 1995 dan akan mencecah usia 50 tahun pada 2023. Antara drama lain yang mungkin penonton pernah melihatnya ialah dalam “It’s Okay Not to be Okay” dan “Find Me in Your Memory”.

8. Son Hyunjoo

son hyunjoo

Berumur 55 tahun, Son Hyun-joo memulakan kerjayanya sebagai seorang pelakon pada tahun 1991. Antara drama popular yang pernah dibintanginya adalah “Itaewon Class”, dengan watak sebagai ayah kepada Park Sae-royi (Park Seo-joon).

9. Kim Sangho

kim sangho

Meskipun telah membintangi lebih banyak projek filem dalam kerjaya lakonannya namun, Kim Sang-ho adalah antara pelakon yang sentiasa diingati peminat K-Drama! Kalau korang nak tahu, Kim Sang-ho debut pada tahun 1994 dan berumur 59 tahun kini. Antara naskhah lakonannya ialah “Sweet Home”, “Doctor Stranger”, “Kingdom” dan banyak lagi.

10. Ye Soojung

ye soojung

Sudah berusia 67 tahun, pelakon Ye Soo-jung nampaknya masih aktif dalam dunia lakonan. Walaupun sering membawa watak sampingan dalam sebuah drama, namun wataknya sering meninggalkan impak buat penonton. Penonton berkemungkinan pernah perasan Ye Soo-jung dalam drama seperti “The Fabulous”, “Jirisan” dan “One the Woman”.

Haa, korang kenal tak semua pelakon ni?

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...