Ikuti Kami:

Rowoon & Jo Boah Dilamar Terajui Drama Percintaan ‘This Romance Is Irresistible’

Rowoon & Jo Boah Dilamar Terajui Drama Percintaan ‘This Romance Is Irresistible’

Nampaknya, penonton berkemungkinan akan dapat lihat gandingan Rowoon bersama Jo Bo-ah dalam sebuah drama baru!

Terbaru pada 14 Oktober, Rowoon dan Jo Bo-ah dilaporkan telah ditawar untuk membintangi drama berjudul “This Romance is Irresistible”. Berikutan itu, agensi Rowoon memberi respon,

Rowoon sedang mempertimbangkan secara positif untuk muncul dalam ‘This Romance is Irresistible’.

Begitu juga dengan agensi Jo Bo-ah, yang melaporkan bahawa pelakon itu telah menerima tawaran untuk muncul dalam drama yang sama dan sedang menyemaknya secara positif kini.

jo boah rowoon

Untuk pengetahuan, “This Romance is Irresistible” ialah drama percintaan di mana Rowoon akan membawa watak seorang peguam, yang bekerja sebagai penasihat undang-undang untuk Dewan Bandaraya Onju. Wataknya akan terjebak dengan sumpahan dari buku yang diturunkan dari Dinasti Joseon.

Tambahan, drama tersebut mungkin akan disiarkan menerusi saluran JTBC dan penggambaran akan bermula pada November nanti.

Sama-sama kita nantikan maklumat lanjut mengenai drama ini!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...