Hantar Banyak Makanan Sedap, Rowoon Sokong Lee Jaewook Di Set ‘Alchemy Of Souls 2’
- oleh Fareen
- 4 tahuns lalu
Pernah sama-sama membintangi drama “Extraordinary You” pada 2019, persahabatan antara Lee Jae-wook dan Rowoon masih rapat sehingga kini.
Artikel Berkaitan
Terbaru, Lee Jae-wook telah berkongsi di Instagram Story tentang makanan yang dihantar Rowoon ke set drama bahagian 2 “Alchemy of Souls”. Lee Jae-wook meluahkan rasa syukurnya pada Rowoon dengan menulis kapsyen,
Terima kasih atas hidangannya 🖤
Selain itu, di salah satu sepanduk yang dihantar ditulis,
Kekal ceria pasukan ‘Alchemy of Souls’ untuk baki masa sehingga penggambaran akhir.

Menggelikan hati apabila Lee Jae-wook turut menulis di sepanduk lain,
Ini masa bayi Jae-wookie.
Dalam pada itu, bahagian kedua drama “Alchemy of Souls” akan dipanggil “Alchemy Of Souls: Light & Shadow” di mana penting untuk menyaksikan sekiranya Jang Uk mengenali Nak-su yang kembali ke badan asalnya. Ianya sedang dalam penggambaran kini dan bakal bersiaran pada Disember nanti dengan 10 episod sahaja.
So sweet la Rowoon ni!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.
Komen
PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.




