Ikuti Kami:

Terima Sambutan Hebat, 12 K-Drama Ini Akan Kembali Dengan Musim Kedua Nanti

Terima Sambutan Hebat, 12 K-Drama Ini Akan Kembali Dengan Musim Kedua Nanti

Siap sedia semua untuk pelbagai drama menarik bakal ditayangkan nanti!

Selepas berjaya menerima sambutan hebat dan mempunyai plot yang tergantung pada musim pertama, ada banyak K-Drama yang sudah disahkan akan kembali dengan musim kedua.

Dari drama seperti “All Of Us Are Dead” dan “Sweet Home”, 12 naskhah ini akan menemui penonton dengan musim kedua nanti. Jom lihat!

1. D.P

netflix d.p

Diterajui Jung Hae-in, Koo Kyo-hwan dan Son Suk-ku, “D.P” yang membawa kisah unit khas mengejar tentera yang lari daripada kem atas pelbagai alasan, telah disahkan akan kembali dengan musim kedua dan telah pun selesai menjalani penggambaran baru-baru ini.

2. SWEET HOME

sweet home

“Sweet Home” telah disahkan akan kembali dengan musim kedua dan ketiga, selepas menerima sambutan hangat ketika tayangan musim pertama pada 2020 yang lepas. Selain pelakon asal dari musim pertama, pelakon baru yang akan turut serta pada musim kedua siri ini adalah Yoo Oh-sung, Oh Jung-se, Kim Moo-yeol dan Jin-young.

3. ALL OF US ARE DEAD

all of us are dead

Berjaya menerima sambutan hangat ketika musim pertama ditayangkan pada Januari lalu, “All Of Us Are Dead” adalah salah satu siri Netflix yang akan kembali dengan musim kedua. Sebelum ini, ada yang melihat pasukan produksi telah pun memulakan penggambaran.

4. SQUID GAME

squid game

“Squid Game” memang tidak dinafikan antara siri Netflix yang paling popular seluruh dunia ketika ia ditayangkan pada 2021. Kini, drama tersebut telah disahkan akan kembali dengan musim kedua dan penggambaran dijangka akan mula pada 2023 nanti.

5. HELLBOUND

“Hellbound” membawa kisah dunia di mana roh jahat menjatuhkan hukuman mati buat manusia tanpa amaran dan tak dijangka. Memandangkan musim pertama berakhir dengan plot yang tergantung, drama ini telah disahkan akan kembali beraksi dengan musim kedua dan video trailer pertama telah dilancarkan.

6. THE FIRST RESPONDERS

the first responder

“The First Responders” berlatarbelakangkan tapak respon di antara polis memberkas penjenayah dan balai bomba yang memadamkan api. Ianya akan menampilkan cerita detektif yang sentiasa menangkap sasarannya, paramedik yang tidak terlepas pandang sebarang kecederaan mahupun luka dan ahli bomba yang terus meluru ke dalam api marak.

7. SOUNDTRACK #1

disney+ soundtrack

Memaparkan kisah cinta yang menyentuh hati, siri Disney+ “Soundtrack #1” telah disahkan akan kembali dengan musim kedua, dengan cerita dan pelakon utama baru. Nantikan!

8. ARTHDAL CHRONICLES

arthdal chronicles

“Arthdal Chronicles” ialah sebuah naskhah epik tentang adiwira yang membina legenda sendiri dalam tanah mistik Arth. Semasa musim pertamanya, drama itu merekodkan rating yang rendah berbanding jangkaan dek beberapa kritikan melibatkan plot yang kurang meyakinkan dan tuduhan plagiat. Walaupun melalui sedikit kesukaran, namun ianya tetap dipilih untuk mendapat sambungan baru. Pada musim kedua, drama ini bakal diterajui oleh Lee Jun-ki dan Shin Se-kyung.

9. GYEONGSEONG CREATURE

netflix gyeongseong creature

“Gyeongseong Creature” yang akan diterajui Park Seo-joon dan Han So-hee, ialah drama thriller makhluk mengenai dua anak muda yang mementingkan kelangsungan hidup, dan terpaksa berdepan dengan raksasa yang tamak pada musim bunga tahun 1945, di mana waktu itu adalah sekelam-kelamnya. Musim pertama belum lagi ditayangkan namun, Netflix sudah mengesahkan bahawa “Gyeongseong Creature” akan tampil dengan musim kedua nanti.

10. TAXI DRIVER

taxi driver

Diterajui Lee Je-hoon dan Pyo Ye-jin, “Taxi Driver” adalah antara K-Drama yang paling dinantikan penonton untuk musim kedua. Untuk pengetahuan, ini adalah drama pembalasan dendam di mana sekumpulan individu di bawah Rainbow dan pemandu teksi Kim Do-gi membalas dendam bagi pihak mangsa yang teraniaya.

11. THE UNCANNY COUNTER

the uncanny counter

Bagi yang belum tahu, musim pertama “The Uncanny Counter” mengisahkan tentang sekumpulan individu yang menggelarkan diri mereka sebagai ‘Counter’ dan bertugas memburu roh jahat. Setiap daripada mereka mempunyai kelebihan tersendiri dan menyembunyikan identiti sebenar, dengan menyamar sebagai pekerja di sebuah restoran mi. Kini, drama tersebut akan tampil dengan musim kedua dengan tarikh tayangan yang masih belum disahkan lagi setakat ini.

12. POONG, THE JOSEON PSYCHIATRIST

poong, the joseon psychiatrist

“Poong, The Joseon Psychiatrist” membawa kisah Yoo Se-poong (Kim Min-jae), doktor perubatan dalaman terkenal yang dihalau keluar istana diraja kerana terperangkap dalam satu konspirasi. Selepas memasuki perkampungan Gyesu, dia mula menjadi doktor yang menyembuhkan hati. Musim kedua drama ini akan ditayangkan pada Januari 2023 nanti.

Haa drama mana yang korang paling teruja nak tonton musim kedua?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...