Ikuti Kami:

“Ada Hubungan Cinta..” – Penulis Beri Klu Plot Musim Kedua ‘The First Responders’

“Ada Hubungan Cinta..” – Penulis Beri Klu Plot Musim Kedua ‘The First Responders’

Tak dinafikan bahawa “The First Responders” merupakan antara drama Korea yang menjadi ikutan ramai kini.

Kalau anda nak tahu, drama lakonan Kim Rae-won, Gong Seung-yeon dan Son Ho-jun ini sudah pun dirancang untuk mengikut format bermusim sejak dari awal pembikinan lagi.

Jelas penulisnya, Min Ji-eun dalam sebuah temubual rasmi baru-baru ini,

Mereka katakan bahawa setiap tahun, terdapat 13 juta kes dilaporkan di jbatan polis dan sebanyak 10 juta di jabatan bomba. Dengan kes yang banyak ini, terdapat pelbagai emosi konflik, ketamakan, cinta, dan benci antara manusia yang berlingkar.

Disebabkan kes yang pelbagai, dia mahu memaparkan proses panjang yang dilalui oleh jabatan kecemasan menerusi beberapa musim.

sbs the first responders

Ketika di sidang media musim pertama, pelakon utamanya iaitu Kim Rae-won memberikan jangkaan hubungan cinta antaranya dengan Song Seol (Gong Seung-yeon) dalam musim kedua. Komennya,

Ada seorang pegawai polis yang menangkap ramai penjenayah tapi tidak tahu mengambil hati wanita yang berada di hatinya, seorang bomba yang banyak kali memadamkan api namun tidak mampu melenyapkan api yang menyala di hatinya dan seorang paramedik yang merawat luka mangsa namun tidak pandai menyembuhkan parut di hati sendiri.

Ia berlatarbelakangkan tapak respon di antara polis memberkas penjenayah dan balai bomba yang memadamkan api. Ianya akan menampilkan cerita detektif yang sentiasa menangkap sasarannya, paramedik yang tidak terlepas pandang sebarang kecederaan mahupun luka dan ahli bomba yang terus meluru ke dalam api marak.

Drama ini serius best!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...