Ikuti Kami:

Dengan Satu Episod, ‘The First Responders’ Raih Rating Tinggi & Dibanjiri Pujian Penonton

Dengan Satu Episod, ‘The First Responders’ Raih Rating Tinggi & Dibanjiri Pujian Penonton

Akhirnya, drama yang dinantikan ramai iaitu “The First Responders” telah pun bersiaran baru-baru ini.

Sinopsis

Ia berlatarbelakangkan tapak respon di antara polis memberkas penjenayah dan balai bomba yang memadamkan api. Ianya akan menampilkan cerita detektif yang sentiasa menangkap sasarannya, paramedik yang tidak terlepas pandang sebarang kecederaan mahupun luka dan ahli bomba yang terus meluru ke dalam api marak.

sbs the first responders

Bermula cemas

[Amaran SPOILER]

Untuk episod awal, drama SBS ini menyingkap mengenai kerjasama antara paramedik, bomba dan polis dalam menyelesaikan pelbagai kes mendebarkan. Kes yang diketengahkan dalam tayangan pertama ini ialah tentang seorang wanita yang diculik dan disorokkan oleh penjenayah di dalam sebuah bangunan flat.

Bagi membantunya, mereka telah menggunakan taktik di mana wanita itu perlu menyalakan api bagi memberikan klu kepada pasukan penyelamat di mana lokasi yang menempatkannya. Ternyata mendebarkan, namun kerjasama hebat di antara ketiga-tiga individu beruniform untuk menyelesaikan situasi mencemaskan itu.

sbs the first responders

Rating tinggi

Untuk episod awal ini, “The First Responders” menduduki tangga teratas slot tayangan berkenaan dengan catatan rating 7.6%. Ia juga menjadi program yang paling ditonton sepanjang Sabtu bagi penonton berusia 20 ke 49.

Bets tak drama ini?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...