Utama Drama Korea Diterajui Park Seojoon & Han Sohee, Netflix Umum ‘Gyeongseong Creature’ Bakal Ada...

Diterajui Park Seojoon & Han Sohee, Netflix Umum ‘Gyeongseong Creature’ Bakal Ada Musim Kedua

park seojoon han sohee

Belum ditayangkan lagi namun Netflix telah menyampaikan satu berita baru mengenai “Gyeongswong Creature”.

Lapor media, siri berkenaan bakal menghasilkan musim kedua dan penggambaran akan bermula pada awal tahun depan.

Balas Netflix bagi mengesahkan berita ini,

‘Gyeongseong Creature 2’ akan dihasilkan tapi tarikh penggambaran masih belum ditetapkan lagi.

netflix gyeongseong creature

Dek laporan ini, ramai yang meluahkan rasa teruja dan meletakkan jangkaan tinggi memandangkan musim kedua disahkan meskipun musim pertama belum ditayangkan.

Untuk pengetahuan, “Gyeongseong Creature” yang akan diterajui Park Seo-joon dan Han So-hee, ialah drama thriller makhluk mengenai dua anak muda yang mementingkan kelangsungan hidup, dan terpaksa berdepan dengan raksasa yang tamak pada musim bunga tahun 1945, di mana waktu itu adalah sekelam-kelamnya.

Tak sabarnya!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

SUMBERNewsen
Loading...