Ikuti Kami:

Tayang 2023, Park Seojoon & Han Sohee Selesai Jalani Penggambaran ‘Gyeongseong Creature’

Tayang 2023, Park Seojoon & Han Sohee Selesai Jalani Penggambaran ‘Gyeongseong Creature’

Mesti ramai yang dah teruja nak tonton drama “Gyeongseong Creature”, kan?

Untuk pengetahuan, “Gyeongseong Creature” yang akan diterajui Park Seo-joon dan Han So-hee, ialah drama thriller makhluk mengenai dua anak muda yang mementingkan kelangsungan hidup, dan terpaksa berdepan dengan raksasa yang tamak pada musim bunga tahun 1945, di mana waktu itu adalah sekelam-kelamnya.

Kisah mereka melawan antara hidup dan mati, selain membangkitkan persoalan mengenai maruah manusia dan kemanusiaan yang merupakan katarsis mengghairahkan.

park seojoon han sohee

Terbaru, Park Seo-joon dan Han So-hee dijangka telah selesai menjalani penggambaran buat drama tersebut, apabila mereka dilihat menghadiri ‘wrap up party’ bersama-sama dengan staf siri berkenaan.

Siap sedia semua, “Gyeongseong Creature” bakal menemui anda di Netflix pada 2023 nanti!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...