Siap sedia semua untuk saksikan ramai pelakon hebat dalam drama “Gyeongseong Creature” akan datang!
Untuk pengetahuan, “Gyeongseong Creature” yang akan diterajui Park Seo-joon dan Han So-hee, ialah drama thriller makhluk mengenai dua anak muda yang mementingkan kelangsungan hidup dan terpaksa berdepan dengan raksasa yang tamak pada musim bunga tahun 1945, di mana waktu itu adalah sekelam-kelamnya. Kisah mereka melawan antara hidup dan mati selain membangkitkan persoalan mengenai maruah manusia dan kemanusiaan yang merupakan katarsis mengghairahkan.
Terbaru, drama “Gyeongseong Creature” telah disahkan bakal ditayangkan di Netflix sekaligus mengumumkan barisan pelakon penuh yang akan turut serta dalam naskhah tersebut.
1945년 경성, 탐욕 위에 태어난 괴물과 맞서는 이들의 뜨거운 이야기.
박서준, 한소희, 수현, 김해숙, 조한철, 위하준이 뭉칩니다. ‘경성크리처', 오직 넷플릭스에서.#경성크리처 #박서준 #한소희 #수현 #김해숙 #조한철 #위하준 #넷플릭스 #Netflix pic.twitter.com/XtfJhp3uuF
— Netflix Korea|넷플릭스 코리아 (@NetflixKR) September 28, 2022
Selain Park Seo-joon dan Han So-hee, pelakon hebat Claudia Kim, Kim Hae-sook, Jo Han-cheol dan Wi Ha-joon akan juga menemui penonton dalam drama berkenaan.
Sama-sama kita nantikan “Gyeongseong Creature” dijadualkan untuk tayang pada 2023 nanti di Netflix!