Ikuti Kami:

Foto Park Seojoon & Han Sohee Tular, Ramai Teruja Ingin Tonton Drama ‘Gyeongseong Creature’

Foto Park Seojoon & Han Sohee Tular, Ramai Teruja Ingin Tonton Drama ‘Gyeongseong Creature’

Mesti ramai yang dah teruja ingin lihat gandingan Park Seo-joon bersama Han So-hee dalam drama “Gyeongseong Creature”, kan?

Terbaru, foto Park Seo-joon dan Han So-hee bersama dengan seorang staf di parti makan malam pasukan “Gyeongseong Creature”, telah tular di media sosial.

Khususnya, ini adalah kali pertama kedua pelakon popular itu bersama dalam satu gambar, menambah keterujaan penonton untuk saksikan gandingan mereka dalam drama “Gyeongseong Creature” nanti.

Tambahan pula, ramai yang mengatakan bahawa hanya dari dalam gambar tersebut, mereka sudah dapat lihat keserasian hebat antara Park Seo-joon bersama Han So-hee.

Bagi yang belum tahu, “Gyeongseong Creature” ialah drama thriller makhluk mengenai dua anak muda yang mementingkan kelangsungan hidup dan terpaksa berdepan dengan raksasa yang tamak pada musim bunga tahun 1945, di mana waktu itu adalah sekelam-kelamnya. Kisah mereka melawan antara hidup dan mati selain membangkitkan persoalan mengenai maruah manusia dan kemanusiaan yang merupakan katarsis mengghairahkan.

Nantikan “Gyeongseong Creature” dijadualkan untuk tayang pada 2023 menerusi Netflix!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...