Korang dah sedia ke nak lihat gandingan Park Seo-joon bersama Han So-hee?
Bagi yang belum tahu, Park Seo-joon dan Han So-hee akan bergandingan dalam drama akan datang berjudul “Gyeongseong Creature”.
Selain itu, Wi Ha-joon, Choi Joon-young, Cho Han-chul, Lim Cheol-soo dan Yeon Je-wook turut akan membintangi siri ini.
Untuk pengetahuan, “Gyeongseong Creature” ialah drama thriller makhluk mengenai dua anak muda yang mementingkan kelangsungan hidup dan terpaksa berdepan dengan raksasa yang tamak pada musim bunga tahun 1945, di mana waktu itu adalah sekelam-kelamnya. Kisah mereka melawan antara hidup dan mati selain membangkitkan persoalan mengenai maruah manusia dan kemanusiaan yang merupakan katarsis mengghairahkan.
Tambahan, siri itu juga akan menemui penonton menerusi Netflix dan telah dijadualkan untuk tayang pada 2023. Nantikan!