Ramai yang menantikan sambungan “All Of Us Are Dead” di Netflix kan?

Berita gembira buat anda, khabarnya sisir tersebut sudah pun memulakan penggambaran untuk musim keduanya baru-baru ini.
Hal itu disahkan sendiri menerusi beberapa foto yang dimuat naik oleh pelakon siri popular di laman penstriman itu.
#AllOfUsAreDead S2 FILMING TODAY! pic.twitter.com/xMpnlbtLzy
— ⭐ (@bunnynayeonnnnn) September 24, 2022
Walau bagaimanapun, tidak dapat dipastikan siapa yang akan kembali untuk musim kedua itu selain adakah wajah baru yang akan diperkenalkan. Sebelum ini, “All Of Us Are Dead” diterajui oleh Park Ji-hu, Jo Yi-hyun, Park Solomon, Yoon Chan-youn, Yoo In-soo, Lee Yoo-mi, Lee Eun-saem, Ha Seung-ri dan ramai lagi.
Kalau anda nak tahu, “All Of Us Are Dead” diadaptasi daripada webtoon popular dan membawa kisah di sekumpulan pelajar terperangkap di sebuah sekolah yang dijangkiti virus zombi sehingga mereka perlu membuat keputusan ekstrem untuk meloloskan diri.
Nantikan!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.