“Do Hana Kembali!” – Kim Sejeong Dilihat Jalani Penggambaran ‘The Uncanny Counter 2’
- oleh Fareen
- 4 tahuns lalu
Nampaknya, Kim Se-jeong akan kembali menemui penonton dalam musim kedua “The Uncanny Counter”!
Artikel Berkaitan
Bagi yang belum tahu, musim pertama “The Uncanny Counter” mengisahkan tentang sekumpulan individu yang menggelarkan diri mereka sebagai ‘Counter’ dan bertugas memburu roh jahat. Setiap daripada mereka mempunyai kelebihan tersendiri dan menyembunyikan identiti sebenar, dengan menyamar sebagai pekerja di sebuah restoran mi.
Terbaru, Kim Se-jeong dilihat sedang menjalani penggambaran untuk musim kedua drama berkenaan, menambah keterujaan penonton yang setia menantikan keluaran siri ini.
[PIC] 221114 – Sejeong spotted filming for The Uncanny Counter season 2
(cr.Naver 한jjlqhaqha)#Sejeong #김세정 #KimSejeong pic.twitter.com/NGefF8dGSb
— 김세정 – KIM SEJEONG Fan Account (@_sejeongdays) November 14, 2022
Dalam foto yang dikongsi, pelakon dan penyanyi itu dilihat memakai uniform baru ahli ‘Counter’, iaitu berwarna hitam dan merah. Untuk pengetahuan, pada musim pertama, pakaian seragam mereka berwarna putih dan merah.
Dalam pada itu, Kim Se-jeong pernah berkongsi bahawa tayangan musim kedua “The Uncanny Counter” masih belum diputuskan lagi.
Sama-sama kita nantikan!
Komen
PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.




