Ikuti Kami:

Netflix Sahkan Musim Kedua ‘Hellbound’

Netflix Sahkan Musim Kedua ‘Hellbound’

Akhirnya Netflix mengesahkan bahawa “Hellbound” bakal mempunyai sambungan tak lama lagi.

Diriliskan pada November 2021, siri ini membawa kisah dunia di mana roh jahat menjatuhkan hukuman mati buat manusia tanpa amaran dan tak dijangka. Ketakutan menghadapi malaikat maut ini menaikkan satu ajaran sesat yang mengatakan bahawa mereka mampu meramal kematian semua.

Untuk musim pertama, “Hellbound” diterajui oleh Yoo Ah-in, Kim Hyun-joo, Won Jin-ah, Park Jung-min dan lain-lain.

Rata-rata penonton menantikan kesinambungan kisah ini memandangkan semua terkejut melihat kesudahan yang tidak disangka semua. Kini, pengarah Yeon Sang-ho dan penulis Choi Gyu-suk akan kembali bekerjasama untuk musim kedua dan menyambung semula kisah yang ditinggalkan selain memperkenalkan watak, cerita dan tema baru nanti.

Nantikan!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...