Ikuti Kami:

“Saya Sangka Akan Terkenal Lepas ‘Hellbound’ Tapi Reaksi Suam Sahaja” – Won Jinah

“Saya Sangka Akan Terkenal Lepas ‘Hellbound’ Tapi Reaksi Suam Sahaja” – Won Jinah

Mungkin jarang disebut sebaris dengan pelakon wanita lain namun Won Jin-ah aktif dalam dunia lakonan Korea sejak beberapa tahun ini.

Terbaru, pelakon wanita itu dilihat menyertai “Omniscient Interfering View” sebagai tetamu dan berkongsi kehidupan sehariannya tatkala tiada jadual.

Bukan sahaja dapat melihat bagaimana personaliti sebenarnya malah Won Jin-ah turut menjawab beberapa soalan yang dilemparkan buatnya. Antara soalan yang ditanya ialah,

Sebut ‘Won Jin-ah’ mesti akan teringat ‘Hellbound’. Katanya, awak berimpian menjadi bintang dunia pada ketika itu.

won jinah

Jawabnya,

Walaupun saya tak berharap begitu, saya menjangkakannya kerana banyak perkara lain mengenai siri itu yang menjadi sebutan. Saya mengharapkan ramai yang kenal namun ianya ‘suam’ sahaja.

Tambah wanita itu lagi dengan nada berseloroh

Saya ingatkan jumlah pengikut media sosial akan menaik namun ianya kekal sama.

Comel je Won Jin-ah!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...