Ikuti Kami:

Diterajui Do Kyungsoo EXO & Won Jinah, Penggambaran Filem ‘Secret’ Sudah Selesai

Diterajui Do Kyungsoo EXO & Won Jinah, Penggambaran Filem ‘Secret’ Sudah Selesai

Akhirnya, filem “Secret” sudah pun selesai menjalani penggambaran baru-baru ini!

Umum pihak produksinya,

Kami memulakan penggambaran pada November tahun lalu dan selepas tiga bulan perjalanan, kami memulakan pos-produksi pada 21 Januari lalu.

Adaptasi daripada filem Taiwan, “Secret” membawa kisah pertemuan Yoo-jun (Do Kyung-soo) iaitu seorang pelajar piano genius dengan Jung-ah (Won Jin-ah, seorang pelajar yang bermain muzik misteri di sebuah bilik latihan usang di universiti itu.

Filem asalnya yang diriliskan pada 2008 nyata mencipta fenomena pada ketika itu apabila kesemua runut bunyinya menjadi kegilaan ramai, malah mencipta sindrom bagi filem romantik.

filem secret

Do Kyung-soo akan membawa watak Yoo-jun, seorang pemain piano genius yang mengalami ‘slump’ dalam kariernya. Won Jin-ah pula berlakon sebagai Jung-ah, pelajar muzik yang menyimpan rahsia rapi. Manakala Shin Ye-eun pula akan menghidupkan watak in-hee, seorang pemain violin yang mempunyai personaliti berani.

Filem ini akan menggambarkan kisah romantik segar di antara Yoo-jun dan kedua wanita itu.

Kongsi Do Kyung-soo,

Seronok dapat bekerja dengan pengarah dan pelakon yang baik. Saya merasakan bahawa naskhah ini akan memberikan penonton satu perasaan yang sukar untuk dilupakan.

Ulas Won Jin-ah pula,

Saya rasa saya tak akan lupakan waktu istimewa yang saya lalui sebagai Jung-ah. Sila nantikan naskhah yang menggabungkan muzik dan cinta.

“Secret” bakal menemui penonton selepas ianya selesai menjalani pos-produksi.

Tak sabarnya!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...