Peminat Tak Sabar, Pelakon ‘D.P’ Kongsi Sudah Selesai Penggambaran Untuk Musim Kedua
- oleh Athirah Azmi
- 4 tahuns lalu
D.P musim kedua sudah tamat penggambaran?
Baru-baru ini, pelakon utama bagi “D.P” musim kedua, Jung Hae-in berkongsi beberapa keping gambar di Instagramnya bersama Koo Kyo-hwan dan lain-lain.
Dia juga sempat memuat naik gambar dengan menggayakan pakaian seragam askar berserta kapsyen,
D.P Season 2. Nantikan siri ini.
Terbaru, pelakon Son Suk-ku juga sempat menitipkan ucapan,
Penggambaran untuk “D.P Season 2” sudah tamat. Syabas buat semua kerana bekerja keras.
Rata-rata dalam kalangan peminat amat teruja dengan muat naik pelakon-pelakon “D.P” musim kedua kerana mereka sudah agak lama menantikan siri tersebut.
Korang dah boleh tanda kalendar ni!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.
Komen
PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.




