Ikuti Kami:

“Penggambaran Akan Mula Pada 2023..” – Lee Jungjae Kongsi ‘Spoiler’ Untuk ‘Squid Game’ Musim Ke-2

“Penggambaran Akan Mula Pada 2023..” – Lee Jungjae Kongsi ‘Spoiler’ Untuk ‘Squid Game’ Musim Ke-2

Pasti ramai penonton sudah teruja untuk nantikan “Squid Game” musim kedua, kan?

Baru-baru ini, Lee Jung-jae telah muncul dalam video ‘Lee Dong-jin’s Piarchia’. Semasa sedang berborak, pelakon itu memberi kemas kini mengenai proses pengeluaran “Squid Game” musim kedua. Dia mendedahkan bahawa permainan yang akan dimain dalam musim kedua siri ini telah pun dirancang,

Saya tidak bertanya kepada pengarah Hwang Dong-hyuk tentang apa-apa kerana saya mahu merasakan sendiri senario itu apabila saya menerima skrip. Tapi dia dah bagi ‘spoiler’ setiap kali temu bual. Permainan yang akan ditayangkan dalam Musim 2 semuanya telah dirancang.

Kongsinya lagi,

Lee Byung-hun sunbaenim dan Gong Yoo akan muncul. Selepas menamatkan tetapan untuk watak dan permainan, penggambaran mungkin berlangsung pada 2023 dan akan berjalan selama kira-kira 10 bulan. Saya rasa penonton boleh menontonnya pada 2024.

squid game 2

Untuk pengetahuan, “Squid Game” adalah drama fantasi gelap mengenai sebuah permainan survival misteri dengan tawaran ganjaran sebanyak 45.6 bilion won (RM163.5 juta) yang dibintangi oleh pelakon popular seperti Lee Jung-jae, Park Hae-soo, Heo Sung-tae, Wi Ha-joon dan Jung Ho-yeon dalam musim pertama.

Dah tak sabar ni nak tonton plot musim kedua “Squid Game”!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...