Ikuti Kami:

Tahun Cinta! Ini Antara Selebriti Terpalit Khabar Angin Atau Sah Bercinta Pada 2023

Tahun Cinta! Ini Antara Selebriti Terpalit Khabar Angin Atau Sah Bercinta Pada 2023

Nampaknya, 2023 ini merupakan tahun percintaan buat ramai selebriti Korea!

Pada tahun ini, ada banyak pengumumuman atau khabar angin mengenai hubungan percintaan dan perkahwinan yang melibatkan ramai selebriti popular Korea Selatan.

Cuba lihat senarai di bawah, pengumuman yang mana korang paling tak jangka sekali?

IU & Lee Jongsuk

iu lee jongsuk

Pertama sekali adalah IU dan Lee Jong-suk yang telah mengesahkan mengenai hubungan mereka pada hari terakhir 2022. Sudah lama mengenali antara satu sama lain, kedua selebriti itu nampaknya telah melangkah ke peringkat seterusnya dalam hubungan mereka.

Im Jiyeon & Lee Dohyun

lee dohyun im jiyeon

Seterusnya adalah Im Ji-yeon dan Lee Do-hyun. Mula sebagai rakan pelakon dari “The Glory”, mereka telah mengumumkan tentang hubungan percintaan mereka pada 1 April lalu.

Song Joongki & Katy Louise Saunders

song joongki katy louise saunders

Tidak dilupakan pasangan Song Joong-ki dan Katy Louise Saunders yang umum telah berkahwin pada 30 Januari dan juga telah menjadi ibu bapa kepada cahaya mata lelaki pada awal Jun lalu.

Park Seojoon & Xooos

park seojoon xooos

Paling tidak dijangka adalah khabar angin percintaan antara Park Seo-joon dan penyanyi Xooos. Menurut laporan, mereka mengenali antara satu sama lain menerusi kawan baik dan sering keluar dating seperti pasangan lain. Sebagai respon, agensi pelakon itu memberitahu bahawa ianya sukar untuk disahkan kerana ia adalah hal peribadi artis.

Lee Seunggi & Lee Dain

lee seunggi lee dain

Sudah lama bercinta, pasangan Lee Seung-gi dan Lee Da-in telah menamatkan zaman bujang mereka pada awal April lalu. Tahniah!

Jennie BLACKPINK & V BTS

v bts jennie

Meskipun belum disahkan lagi oleh agensi sehingga kini namun, video yang didakwa merupakan Jennie dan V sedang keluar dating di Paris telah tular pada Mei lalu. Sebelum ini, ada juga peminat sasaeng yang memuat naik banyak foto mereka bersama, selepas menggodam telefon bimbit peribadi Jennie.

Yoona & Lee Junho

yoona lee junho

Siapa yang sedang tonton drama “King the Land” pastinya tidak dapat menafikan keserasian hebat antara Yoon-A bersama Lee Jun-ho kan? Pada awal Julai, media melaporkan bahawa mereka telah bercinta sebelum penggambaran drama itu bermula lagi. Bagaimanapun, agensi terus menafikannya.

Jisoo BLACKPINK & Ahn Bohyun

jisoo ahn bohyun

Akhir sekali adalah Ji-soo BLACKPINK bersama Ahn Bo-hyun. Pasti ramai yang terkejut kan dengan pengumuman ini? Agensi telah mengesahkan bahawa kedua mereka sedang bercinta dan serius untuk mengenali antara satu sama lain.

Semoga kekal berbahagia buat mereka semua!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...