Ikuti Kami:

“Saya Rasa Kosong” – Baru Berkahwin, Jiyeon T-ARA Hadapi Masalah Rumah Tangga Kini?

“Saya Rasa Kosong” – Baru Berkahwin, Jiyeon T-ARA Hadapi Masalah Rumah Tangga Kini?

Pastinya semua mengetahui bahawa bukan mudah untuk menjadi selebriti wanita di Korea kerana pantang larang yang terlalu banyak.

Baru-baru ini, Jiyeon T-ARA telah meluahkan isi hatinya menerusi satu video di saluran YouTube miliknya. Jelasnya, kehidupan selepas berkahwin tak semudah yang disangkakan,

Sejujurnya, selepas berkahwin, saya ingatkan apa yang terjadi mungkin kerana kerjaya ini. Walaupun sudah menjangkakannya, agak sakit apabila terpaksa melaluinya. Ia agak sukar di awalnya.

jiyeon t-ara

Tambahnya,

Saya sejujurnya berasa keliru, hidup saya sangat kosong. Saya merasakan apa yang saya lakukan selama ini tersembunyi di sebalik perkahwinan ini.

Pun begitu, Jiyeon mengakui keputusan untuk berkahwin adalah keputusan sendiri dan dia berjanji bahawa dia masih lagi sama seperti dahulu.

Dalam pada itu, dia berasa bosan apabila tiada kerja meskipun sering menerima kata-kata sokongan seperti ‘Buat apa yang awak mahu’, ‘Rehat secukupnya’, ‘Jangan terlalu stres kerana kerja’ dari suaminya.

jiyeon tara

Untuk pengetahuan, Jiyeon mengahwini pemain besbol profesional, Hwang Jae-gyun pada Disember tahun lalu.

Semoga Jiyeon kuat!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...