Ikuti Kami:

“Sebab Kau Lah..” – Tayang Video Bersenam, Ryu Hwayoung Dituduh Cuba Tiru Jiyeon T-ARA

“Sebab Kau Lah..” – Tayang Video Bersenam, Ryu Hwayoung Dituduh Cuba Tiru Jiyeon T-ARA

Sekian lama tidak mendapat perhatian, akhirnya Hwa-young iaitu bekas ahli T-ARA namun aktif sebagai pelakon kini secara tiba-tiba menjadi bualan semua.

Untuk pengetahuan, wanita itu meninggalkan kumpulan berkenaan pada 2012 hanya selepas 2 tahun menyertainya dek didakwa dibuli ahli lain. Walau bagaimanapun, setelah staf lain mendedahkan hal sebenar, ternyata tuduhan itu hanyalah rekaan Hwa-young sahaja.

Terbaru, wanita itu yang kurang menyerlah dalam bidang lakonan kini menerima respon pra-kontra selepas memuat naik videonya bersenam. Ingin menonjolkan kehebatan mengangkat berat sebanyak 100kg, namun lain balasan yang diterima Hwa-young.

Tulisnya di kapsyen,

Saya seorang wanita yang boleh mengangkat 100kg dengan punggung~ Mungkin kerana otot saya tertumpu di bahagian punggung.

Rata-rata komen yang ditinggalkan oleh peminat pada entri berkenaan menyebut mengenai Ji-yeon dari kumpulan T-ARA. Kata mereka, Hwa-young sepertinya cuba meniru video senaman yang pernah dimuat naik oleh Ji-yeon pada bulan lalu.

Memandangkan klip Ji-yeon tular pada ketika itu kerana bentuk badan yang menawan, ada yang menuduh Hwa-young mahu menumpang populariti dengan merakam video seakan sama.

ryu hwayoung

Meskipun sudah bertahun sejak skandal buli berkenaan, sepertinya ada yang masih kurang berpuas hati dengan Hwa-young kerana menjadi punca atas kejatuhan T-ARA semasa mereka berada di atas.

Hmm…

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...