Ikuti Kami:

“Mata Dia Cantik” – Lee Dohyun & Lim Jiyeon Dilihat Pergi Dating Bersama Di Restoran

“Mata Dia Cantik” – Lee Dohyun & Lim Jiyeon Dilihat Pergi Dating Bersama Di Restoran

Seronoknya tengok pasangan Lee Do-hyun dan Lim Ji-yeon selesa memaparkan hubungan

Terbaru pada 1 Mei, seorang netizen asing telah menyiarkan gambar tandatangan Lim Ji-yeon dan Lee Do-hyun, yang ditemui di sebuah restoran tauhu lembut pedas terkenal di Korea Selatan ketika mereka sedang makan bersama di situ.

Dalam foto tersebut, Lee Do-hyun meninggalkan mesej,

Terima kasih atas makanan itu.

Kemudian Lim Ji-yeon turut menulis tarikh sewaktu mereka keluar makan bersama,

2023.5.

Bukan itu sahaja, netizen tersebut turut berkongsi pengalamannya berjumpa dengan pasangan kekasih itu,

Lim Ji-yeon dan Lee Do-hyun bersama-sama di restoran. Pemiliknya memuji Lim Ji-yeon dan berkata ‘Awak sangat cantik, mata awak cantik’. Dia juga memuji suara Lee Do-hyun. Mereka ingin memesan ladu tetapi pemilik berkata ia telah habis dijual dan berjanji untuk membuatnya dengan lazat lain kali.

Alala comelnya dorang pergi dating!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...