Ikuti Kami:

“Ada Masa Saya Menangis Sebab..” – Lee Dohyun Kongsi Kesukaran Sebagai Pelakon

“Ada Masa Saya Menangis Sebab..” – Lee Dohyun Kongsi Kesukaran Sebagai Pelakon

Sebagai seorang pelakon, Lee Do-hyun pastinya mempunyai kesukaran untuk memainkan pelbagai watak.

Baru-baru ini, Lee Do-hyun telah terlibat dengan penggambaran dan temu bual bersama majalah Esquire Korea, di mana dia ada berkongsi sedikit sebanyak mengenai drama barunya “The Good Bad Mother”.

Ketika sesi temu bual, Lee Do-hyun ditanya tentang perkara yang dia mahu lakukan dengan baik tetapi tidak dapat dicapai sebagai seorang pelakon. Kongsi lelaki itu,

Saya kecewa jika tidak dapat melakukan dengan baik pada satu projek. Ada masa saya menangis kerana saya tidak dapat mengatakan skrip saya dengan betul pada set penggambaran pertama walaupun selepas berlatih sehingga 5 pagi.

Kemudian, dia turut berkongsi nasihat yang diberikan oleh Ra Mi-ran yang memainkan watak sebagai ibunya dalam “The Good Bad Mother”,

Saya menceritakan kisah ini pada Ra Mi-ran dan dia memberitahu saya ‘Pada masa seperti itu, awak hanya perlu rehat dan tidak memikirkan apa-apa’. Selepas mendengar kata-katanya, saya mengetahui bahawa saya akan dapat menyelami emosi saya apabila saya melepaskannya dan cuba memendamnya semula dengan perlahan.

lee dohyun the good bad mother

Menambah keterujaan penonton, Lee Do-hyun turut mengulas mengenai wataknya sebagai Kang-ho dengan berkata,

Saya rasa terdapat kontra yang menawan antara imej dingin yang dibawa oleh pendakwa Kang-ho dan imej segar yang dipamerkan Kang-ho ketika zaman mudanya. Kisah seorang ibu dan anak lelaki, penduduk kampung Jowoori serta rakan-rakannya akan menarik dari awal hingga akhir tanpa rasa bosan sedikit pun.

Sementara itu, “The Good Bad Mother” akan mula ditayangkan pada 26 April, menerusi Netflix.

Jangan lupa tonton!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...