Ikuti Kami:

“Haesoo Dalam Mimpi Saya” – Mira Filzah Akui Sedih Jisoo BP Tak Bercinta Dengan Jung Haein

“Haesoo Dalam Mimpi Saya” – Mira Filzah Akui Sedih Jisoo BP Tak Bercinta Dengan Jung Haein

Peminat pasti tahu bahawa Mira Filzah merupakan seorang ‘Blink’.

Sejurus selepas pengumuman mengenai Ahn Bo-hyun dan Ji-soo BLACKPINK sedang bercinta dibuat, Mira Filzah juga nampaknya adalah antara peminat yang tidak menyembunyikan rasa terkejutnya.

Sebelum ini, pelakon popular itu sering berkongsi bahawa dia merupakan ‘shipper’ kepada Jung Hae-in dan Ji-soo, selepas tonton drama mereka “Snowdrop”.

mira filzah jisoo

Namun selepas berita itu dimuat naik, Mira Filzah mengaku bahawa dia berasa sedih dan sebenarnya menginginkan ‘Haesoo’ untuk bercinta.

Bagaimanapun, wanita itu menjelaskan bahawa dia tetap akan setia menyokong Ji-soo malahan, turut bertanya kepada netizen apakah drama terbaik Ahn Bo-hyun untuk dia tonton.

Mesti ramai kan yang faham perasaan Mira Filzah?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...