Peminat pasti tahu bahawa V BTS dan Jennie BLACKPINK sudah beberapa kali terpalit dengan khabar angin percintaan.
Terbaru, video V dan Jennie sedang berpegangan tangan semasa bersiar-siar di Sungai Seine di Paris telah tular di media sosial, mencetuskan perbincangan sama ada memang benar kedua idola itu sedang menjalinkan hubungan kini.
Meskipun video itu dirakam dari jarak jauh dan agak kabur namun, netizen telah menjumpai pelbagai bukti yang menyatakan bahawa memang V dan Jennie dalam video tersebut.
Taehyung and Jennie in Paris walking hand in hand in the City of Love this is def them!! They’re so much in LOVE TAENNIEEE MY HEART pic.twitter.com/9Ph708ukjJ
— sleeping (@hityouwidthatd4) May 17, 2023
Pertama sekali, peminat perasan 2 orang pengurus Jennie turut mengikuti pasangan itu di belakang, kerana jaket sama yang dipakainya dengan gambar lain yang disebarkan.
Selain itu, foto V dari jarak dekat juga turut dimuat naik dan memang jelas kelihatan bahawa ia sememangnya ahli BTS yang dimaksudkan.
Setelah pelbagai spekulasi dibuat oleh orang ramai, peminat meminta agar agensi segera mengeluarkan kenyataan mengenai laporan berkenaan. Bagaimanapun, kedua-dua agensi bagi V dan Jennie masih berdiam diri setakat ini.
Biarlah, yang penting mereka bahagia kan?
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉