Akhirnya, impian Song Joong-ki untuk menjadi seorang ayah telah tercapai!
Terbaru pada 14 Jun, Song Joong-ki telah mengumumkan di laman fan cafenya, memberitahu bahawa dia telah menyambut kelahiran cahaya mata pertamanya di Itali.
Tulis pelakon itu,
Saya berada di Itali sekarang. Saya akhirnya bertemu bayi saya di sini di Rom, kampung halaman isteri saya. Dia anak lelaki yang sihat. Kedua-dua bayi dan ibunya sangat sihat, jadi saya menjaga keluarga saya dengan gembira dengan rasa syukur. Saya rasa ia adalah hadiah paling berharga yang diberikan kepada kami, dan kami mempunyai impian untuk mewujudkan keluarga bahagia sepanjang hayat kami.
Akhir sekali, Song Joong-ki menulis,
Saya akan kembali dengan pelbagai projek hebat sebagai pelakon.
Tahniah Song Joong-ki dan Katy!
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉