Bakal menjadi bapa buat kali pertama tak lama lagi, Song Joong-ki pastinya mempunyai kebimbangannya yang tersendiri.
Untuk pengetahuan, Song Joong-ki bersama isterinya Katy Louise Saunders bakal menimang cahaya mata pertama mereka pada bulan Jun ini.
Baru-baru ini dalam satu temu bual, Song Joong-ki telah berkongsi perasaannya bakal menjadi seorang ayah nanti,
Menjadi bapa adalah perkara paling penting dalam hidup saya. Saya sentiasa mengimpikan untuk menjadi seorang bapa.
Kemudian, pelakon “Vincenzo” itu juga ada bercerita mengenai hubungannya bersama bapanya dengan berkata,
Saya menerima banyak pengaruh baik darinya dan saya mahu jadi seorang ayah seperti dia.
Mengenai kebimbangannya untuk memulakan fasa baru dalam kehidupan, Song Joong-ki mengaku,
Saya bercakap dengan isteri saya setiap hari mengenai topik ini. Kami akan melakukan yang terbaik dan saya percaya kami boleh melakukannya.
Semoga segalanya dipermudahkan buat Song Joong-ki dan Katy!
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉