Ikuti Kami:

“Saya Kena Jaga Dia” – Anak Lahir Bulan Depan, Sikap Prihatin Song Joongki Pada Isteri Jadi Perhatian

“Saya Kena Jaga Dia” – Anak Lahir Bulan Depan, Sikap Prihatin Song Joongki Pada Isteri Jadi Perhatian

Baru-baru ini, Song Joong-ki telah menghadiri ‘Festival Filem Cannes ke-76’ untuk filemnya akan datang “Hopeless”.

Ketika sesi temu bual bersama akhbar, Song Joong-ki ada bercakap mengenai kehidupannya bersama isterinya Katy Louise Saunders dan anaknya yang bakal lahir tak lama lagi. Dia berkata dengan rasa teruja,

Banyak perkara baik berlaku pada saya sekarang. Maksud saya, saya sangat teruja untuk berada di sini di Cannes, dijemput ke festival yang luar biasa, tetapi sejujurnya, saya agak terganggu.

Jelas pelakon lelaki itu,

Fikiran saya sibuk memikirkan isteri dan bayi saya sepanjang masa. Saya sentiasa seperti ‘Saya perlu pergi berjumpa isteri! Saya perlu menjaga dia!’ semasa di majlis itu.

song joongki

Kemudian, Song Joong-ki meneruskan lagi dengan meluahkan rasa syukurnya,

Saya sangat berterima kasih untuk segala-galanya. Memandangkan begitu banyak perkara yang baik berlaku pada saya sekaligus, saya cuba untuk tidak membuat diri saya terlalu bersemangat pada masa ini.

Tambahnya,

Bayi saya akan dilahirkan bulan depan dan doktor sangat mengesyorkan agar dia mendapat jumlah senaman yang baik setiap hari. Jadi, itulah yang kami sedang lakukan.

Semoga sentiasa berbahagia Song Joong-ki dan isteri!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...