Ikuti Kami:

“Dia Orang Paling Kelakar Di Dunia..” – Lee Jongsuk Kongsi IU Adalah Sumber Kekuatannya

“Dia Orang Paling Kelakar Di Dunia..” – Lee Jongsuk Kongsi IU Adalah Sumber Kekuatannya

Nampaknya, pasangan Lee Jong-suk dan IU sedang seronok dilamun cinta kini.

Terbaru, Lee Jong-suk telah terlibat dengan penggambaran dan temu bual khas bersama majalah Esquire Korea.

Khususnya ketika sesi temu bual, pelakon itu ditanya tentang siapakah yang memberikan kekuatan buatnya sekarang, membawa kepada persoalan tentang teman wanitanya iaitu IU,

Awak sedang bercinta dengannya sekarang jadi kami tidak boleh berpura-pura seperti kami tidak tahu.

Respon pelakon “Big Mouth” itu sambil ketawa,

Saya fikir ia mungkin terdengar klise jika saya mengatakan bahawa kewujudan dia sendiri adalah sumber sokongan dan kekuatan buat saya. Tetapi ramai orang selain saya terhibur dengan muziknya, liriknya dan mesejnya. Begitu juga dengan saya.

lee jongsuk iu

Sambungnya lagi sambil bercerita tentang hubungannya bersama IU,

Namun, apa yang berbeza dengan mereka ialah saya mendapat keselesaan seperti itu semasa berbual dengannya. Bagi saya, dia adalah orang yang paling kelakar di dunia. Saya bertungkus-lumus apabila saya semakin hampir mencecah usia 30-an, dan dia sangat membantu ketika itu. Dia banyak menghiburkan saya.

Alahai tak sabarnya nak tunggu dorang naik pelamin.

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...