Sedang bercinta, pasangan IU dan Lee Jong-suk nampaknya makin selesa mengenai hubungan mereka kini.

Terbaru, CEO kepada jenama ‘Beyond Closet’ iaitu Ko Tae-yong telah menyiarkan fotonya di hadapan cermin bersama Lee Jong-suk.
Apa yang menarik perhatian, Lee Jong-suk dilihat memakai topi ‘The Golden Hour’ yang merupakan barang eksklusif dari konsert IU pada tahun lepas.
Memandangkan pasangan itu baru sahaja mengumumkan kepada peminat mengenai hubungan mereka pada Januari lalu, ramai yang seronok bahawa kedua mereka nampaknya selesa untuk _____ secara terbuka.
So sweet!
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉