Ikuti Kami:

Raih Perhatian Ramai, Ini 12 Cerita Sensasi Dalam Industri Hiburan Korea Pada 2023

Raih Perhatian Ramai, Ini 12 Cerita Sensasi Dalam Industri Hiburan Korea Pada 2023

Tidak dinafikan pada tahun 2023 ini, ada pelbagai perkara yang telah berlaku dalam dunia hiburan Korea.

Ini antara beberapa berita sensasi yang terjadi buat tatapan anda sebagai penutup tahun ini.

Song Joongki berkahwin & mempunyai anak

Pada 30 Januari yang lalu, Song Joong-ki telah mengumumkan perkahwinannya dengan Katy Louise Saunders dan bakal menjadi bapa.

Untuk pengetahuan, pelakon lelaki itu juga telah menyambut kelahiran cahaya mata pertamanya pada 14 Jun.

Kes dadah Yoo Ahin

Pada Februari lalu, Yoo Ah-in telah disahkan positif menggunakan dadah jenis marijuana dan propofol.

Untuk beberapa bulan kemudian, pelakon lelaki itu secara aktif bekerjasama dengan pihak polis untuk proses siasatan lanjut.

Lee Dohyun & Im Jiyeon bercinta

Selepas mengenali antara satu sama lain menerusi “The Glory”, Lee Do-hyun dan Im Ji-yeon telah mengesahkan mengenai hubungan mereka pada 1 April yang lalu.

Menurut Dispatch, kedua pelakon ini mula berkenalan sejak di awal peringkat produksi drama itu selain kerap bertemu sama ada di rumah Im Ji-yeon atau Lee Do-hyun selama 4 bulan bagi meluangkan masa bersama.

Moonbin ASTRO meninggal dunia

Pada 20 April, agensi telah mengesahkan mengenai berita kematian ahli ASTRO iaitu Moonbin.

Menurut pihak polis, mendiang nampaknya mengambil nyawanya sendiri selepas dia ditemui mati di rumahnya dan dijumpai pengurusnya, yang terus segera menghubungi polis.

3 ahli keluar FIFTY FIFTY

2023 merupakan tahun yang bertuah buat FIFTY FIFTY kerana lagu mereka “Cupid” telah menjadi popular di seluruh dunia. Namun, populariti mereka tidak kekal lama kerana kumpulan tersebut mempunyai isu dengan syarikat ATTRAKT disebabkan pertikaian kontrak.

Kini, FIFTY FIFTY hanya tinggal seorang ahli iaitu Keena manakala 3 ahli lain iaitu Aran, Sio dan Saena telah keluar dari agensi serta kumpulan tersebut

T.O.P keluar BIGBANG

t.o.p bigbang

Pada Mei yang lalu, T.O.P sendiri telah mengesahkan bahawa dia telah pun keluar dari kumpulan BIGBANG. Menerusi ruangan komen, seorang peminat bertanya,

Adakah awak telah meninggalkan BIGBANG?

Jawab lelaki itu,

Saya sudah tarik diri. Saya dah memberitahu awak semua bahawa saya akan keluar dan saya kini menghadapi babak baru dalam hidup saya sejak tahun lepas.

Jeon Somin keluar ‘Running Man’

jeon somin running man

Selepas 6 tahun bersama, Jeon So-min telah memutuskan untuk keluar dari “Running Man” kerana ingin lebih fokus kepada aktiviti lain, termasuk lakonan.

Jisoo BLACKPINK & Ahn Bohyun bercinta

ahn bohyun jisoo

Pada Ogos lalu, dunia hiburan telah dikejutkan dengan berita percintaan antara Ji-soo BLACKPINK dan Ahn Bo-hyun.

Bagaimanapun, jodoh mereka tidak kekal lama kerana 2 bulan kemudian, agensi mengumumkan bahawa kedua selebriti itu telah pun berpisah.

Hyeri & Ryu Junyeol putus

hyeri ryu junyeol

Sudah 7 tahun bercinta, pasangan Hye-ri dan Ryu Jun-yeol telah mengejutkan orang ramai dengan berita mengenai perpisahan mereka pada 13 November lalu.

Untuk pengetahuan, mereka berdua mula bercinta pada Januari 2017 selepas berlakon bersama dalam “Reply 1988” pada 2016.

Minhwan F.T. Island & Yulhee LABOUM bercerai

Sudah 5 tahun berkahwin dan miliki 3 orang anak, Min-hwan F.T. Island dan Yul-hee LABOUM telah memutuskan untuk berpisah pada awal Disember. Tulis lelaki itu di laman Instagram,

Selepas lama berbincang, saya dan isteri bersetuju untuk menamatkan perkahwinan kami. Saya minta maaf buat semua yang menyokong dan memerhatikan kami membuat keputusan untuk berkahwin pada usia muda.

BLACKPINK perbaharui kontrak dengan YG 

Peminat pastinya gembira selepas YG Entertainment mengumumkan bahawa kesemua ahli BLACKPINK telah memperbaharui kontrak mereka dengan syarikat tersebut, untuk aktiviti kumpulan.

Tambahan, Jennie juga telah membuka agensinya sendiri ODDATELIR untuk menguruskan aktiviti individunya.

Lee Sunkyun ditemui mati

lee sunkyun

Pada 27 Disember, pelakon popular Lee Sun-kyun telah ditemui meninggal dunia di dalam keretanya, selepas meninggalkan surat wasiat buat isterinya, Jeon Hye-jin.

Selain itu, turut dilaporkan bahawa briket juga ditemui di tempat duduk penumpang.

Berita mana yang paling buat korang terkejut?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...