Ikuti Kami:

“Mereka Sebenarnya..” – Im Jiyeon & Lee Dohyun Dilapor Bercinta, Ini Respon Agensi

“Mereka Sebenarnya..” – Im Jiyeon & Lee Dohyun Dilapor Bercinta, Ini Respon Agensi

Baru sahaja menjejaki bulan April, namun industri hiburan Korea dikejutkan dengan berita romantik di antara pelakon “The Glory” iaitu Lee Do-hyun dan Im Ji-yeon.

Menurut Dispatch, kedua pelakon ini mula berkenalan sejak di awal peringkat produksi drama itu selain kerap bertemu sama ada di rumah Im Ji-yeon atau Lee Do-hyun selama 4 bulan bagi meluangkan masa bersama.

Bukan itu sahaja, hal ini juga dikatakan merupakan ‘rahsia terbuka’ di antara staf dan pelakon “The Glory” di mana mereka tidak terlalu menunjuk namun kedua pelakon itu sering memakai barangan ‘couple’ bersama.

im jiyeon lee dohyun

Selepas menanti, akhirnya agensi mereka telah memberikan respon mereka. Kata agensi Im Ji-yeon,

Im Ji-yeon dan Lee Do-hyun mempunyai perasaan yang baik sebagai senior dan junior rapat. Mereka sedang dalam fasa mengenali hati budi secara berhati-hati. Kami berterima kasih sekiranya semua boleh menyokong dengan baik.

Tahniah!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...