Ikuti Kami:

Kerap Dating Sejak Kenal Di ‘The Glory’ , Lee Dohyun & Im Jiyeon Dilapor Sedang Bercinta Kini

Kerap Dating Sejak Kenal Di ‘The Glory’ , Lee Dohyun & Im Jiyeon Dilapor Sedang Bercinta Kini

Tak semena-mena dua pelakon “The Glory” ini dikhabarkan sedang bercinta.

Menurut laporan eksklusif Dispatch, Im Ji-yeon dan Lee Do-hyun ditangkap bertemu janji beberapa kali sepanjang 4 bulan ini. Malah dikatakan hubungan antara mereka adalah ‘rahsia terbuka’ di antara staf dan pelakon yang bekerja untuk “The Glory”.

Pada 15 Disember 2022, meskipun hari tersebut agak berkabus di Korea namun kedua mereka tetap sempat berjumpa di flat Lee Do-hyun di daerah Geumho, Seoul. Mereka turut membuat orang salji bersama dan menangkap gambar dengan ciptaan tersebut dan meletakkannya di atas kereta pelakon lelaki itu.

im jiyeon lee dohyun

Keesokan hari, mereka dilihat meluangkan masa di Pusat Rekreasi Semulajadi Yongin dan Lee Do-hyun turut membeli kopi buat mereka.

Lee Do-hyun dan Im Ji-yeon katanya mula tertarik antara satu sama lain pada ketika mereka bekerja dalam “The Glory”. Ini kerana mereka mempunyai babak bersama dan pada penghujung penggambaran, keduanya semakin rapat. Dispatch menebak mereka mula rapat bermula daripada bengkel “The Glory” yang diadakan pada musim panas 2022.

Bukan itu sahaja, Lee Do-hyun yang sibuk dengan penggambaran drama “The Good Bad Mother” dan filem “Graveyard” namun lelaki itu tetap menyertai makan malam bersama pasukan “The Glory” sebelum dia diambil oleh pengurus Im Ji-yeon dan dihantar ke rumah pelakon wanita tersebut.

im jiyeon lee dohyun

Kedua-dua agensi pelakon turut sedang mengesahkan hal ini.

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...