Ikuti Kami:

5 Tahun Berkahwin & Miliki 3 Anak, Minhwan F.T. Island & Yulhee LABOUM Sah Bercerai

5 Tahun Berkahwin & Miliki 3 Anak, Minhwan F.T. Island & Yulhee LABOUM Sah Bercerai

Siapa sahaja yang tak mahu perkahwinan mereka berkekalan selamanya kan?

Terbaru, pasangan Min-hwan F.T. Island dan Yul-hee LABOUM mengesahkan bahawa mereka memilih untuk berpisah menerusi akaun Instagram masing-masing. Kata lelaki itu,

Selepas lama berbincang, saya dan isteri bersetuju untuk menamatkan perkahwinan kami. Saya minta maaf buat semua yang menyokong dan memerhatikan kami membuat keputusan untuk berkahwin pada usia muda.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by 민환 최 (@minhwan12)

Tambahnya,

Saya akan melakukan yang terbaik untuk memainkan peranan sebagai ayah supaya anak-anak tidak terkesan secara emosi.

Muat naik Yul-hee pula,

Ini adalah pengembaraan terakhir kami sebagai pasangan namun bukan penamat sebagai ibu dan ayah, jadi kami melakukan terbaik untuk menjaga dan berkomunikasi dengan mereka. Ianya bukan keputusan yang mudah jadi tolong perhatikan kami dengan baik-baik sahaja.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by 김율희 (@yul._.hee)

Untuk pengetahuan, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 2018 sebelum melahirkan anak sulung iaitu seorang lelaki. Kemudian, Yul-hee melahirkan kembar perempuan dan muncul dalam pelbagai program realiti bagi berkongsi mengenai kehidupan mereka.

Nak buat macam mana..

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...