Ikuti Kami:

Song Joongki Umum Sudah Kahwini Katy Louis Saunders & Bakal Jadi Bapa

Song Joongki Umum Sudah Kahwini Katy Louis Saunders & Bakal Jadi Bapa

Berita yang tidak disangka semua! Akhirnya Song Joong-ki mengumumkan bahawa dia sudah bergelar suami buat kali kedua kini.

Menerusi entri di laman peminatnya, pelakon itu mendedahkan berita tersebut selain berkongsi bahawa dia bakal bergelar bapa tak lama lagi.

Saya menyapa kalian begini kerana saya mahu berkongsi janji yang bahagia dan berharga dalam hidup ini.

Jelasnya,

Saya berjanji ingin meluangkan seumur hidup saya bersama Katie Louise Sauders yang sentiasa berada di sisi, menyokong, menjaga dan menghabiskan masa yang berharga bersama saya. Dia memiliki hati yang baik dan menjalani hiduonya dengan penuh keghairahan. Saya menyanjunginya.

song joongki katy louis saunders

Tambahnya mengenai ahli keluarga baru,

Dan bersyukur, satu nyawa berharga telah hadir di antara kami. Dan kini kami dalam perjalanan untuk mendaftarkan perkahwinan untuk memulakan kehidupan sebagai pasangan yang mempunyai kepercayaan dan kasih sayang yang mendalam antara satu sama lain.

Tahniah!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...